Wednesday, December 11, 2013

PERBEZAAN OMEGA GUARD SHAKLEE

[PERBEZAAN OMEGA GUARD SHAKLEE]



Gambar kat bawah ni adalah hasil kajian perbezaan salah seorang distributor Shaklee secara kasar keatas produk omega-3 di pasaran.



Kesemua produk omega-3 adalah bagus tetapi sudah tentu kita nak pilih produk yang terbaik antara yang bagus ni yang berbaloi-baloi dengan price tag yang di letak.
Okay, omega-3 penting untuk kesihatan jantung dan sistemnya, kulit, sendi, struktur membran, saraf dan juga otak. Omega-3 ni biasanya didapati dari minyak ikan.
Jadi berapa amaun yang dicadangkan untuk diambil dalam sehari?
Kebanyakan minyak ikan ada 300mg EPA dan DHA dalam satu softgel (180mg EPA/ 120mg DHA).
Kalau yang premium sikit kepekatan dia dalam 500mg hingga 600mg.
Okay menurut kebanyakan pakar, mereka mencadangkan dos harian 1000mg EPA dan DHA dijumlahkan.
Jadi, Shaklee Omega Guard ada 900mg EPA dan DHA dicampurkan.
Mana satu pilihan anda?

Rujukan : http://www.nutritionexpress.com/supplements/epa
-------------------------------------------------------------------------------
Khairul Azwan Healthy Vitalmin
SID 961301
012-4818705
https://www.facebook.com/messages/kazailp
https://www.facebook.com/messages/healthyvitalmin

Thursday, December 5, 2013

Promosi Omega Guard Buy 6 Free 1 Disember 2013




Banyak khasiat Omega Guard ni sebenarnya. Sebab fungsi dia memang merangkumi kesemua peringkat umur. Dari baby hingga ke orang dewasa. Kalau untuk baby, khasiat dia disalurkan dari susu ibu yang makan Omega Guard ni. Macam isteri saya, sejak dari dia mengandung lagi hingga sekarang dia dah consume Omega Guard ni untuk membantu dan menggalakkan perkembangan otak anak kami.

Untuk kanak-kanak seawal 1 tahun, mereka dah boleh makan sebiji sehari. Boleh masukkan dalam makanan mereka atau terus bagi dia kunyah atau telan seperti yang dibuat oleh kebanyakan kawan-kawan saya.
Untuk remaja boleh ambil 3 biji sehari dan InsyaAllah dapat membantu dalam pelajaran mereka kerana ianya menguatkan sistem ingatan dan otak kita.
Untuk orang dewasa yang nak jaga kesihatan khususnya untuk mengawal tekanan darah tinggi, sakit jantung dan paras kolesterol Omega Guard adalah antara supplement yang paling sesuai sekali. Kalau ibu bapa sakit sendi pun boleh bagi sebab ia dapat mengurangkan keradandan sendi.
Bukan itu sahaja, Omega Guard minyak ikan ini juga membantu dalam pengurusan berat badan sebab ianya membakar lemak lemak dalam badan untuk penyingkiran.
Wah banyak fungsinya dalam satu botol je.
Bulan ni Shaklee adakan promosi BUY 6 FREE 1 untuk Omega Guard.
Maknanya boleh bagi mak, ayah, isteri, anak, adik, kakak dan lebih untuk diri sendiri.
Berbaloi-baloi...
--------------------------------------------------------------------
Khairul Azwan Healthy Vitalmin
SID 961301
012-4818705
https://www.facebook.com/messages/kazailp
https://www.facebook.com/messages/healthyvitalmin

Sunday, December 1, 2013

Sakit Jantung Pembunuh Utama

Kebanyakan daripada kita tahu bahawa sakit jantung atau Cardiovascular Disease (CVD) adalah merupakan antara pembunuh utama rakyat Malaysia. Tapi sejauh mana pengetahuan kita tentang penyakit ni?

Jom, kita baca artikel dari Metro yang di siarkan pada 1 Disember 2013 ni:
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Umum mengetahui penyakit jantung menjadi pembunuh utama negara. Saban tahun statistik penghidap jantung meningkat berikutan kurangnya penjagaan kesihatan seperti tidak mengamalkan senaman dan pengambilan makanan tidak sihat.
Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan, penyakit jantung penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital sepanjang 2008. 
Malah, anggaran penyakit jantung koronari di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk dan kematian akibat penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dalam kalangan wanita. 


Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar berkata, golongan wanita tidak terkecuali mendapat penyakit jantung, tetapi hanya lambat berbanding lelaki.



“Risiko wanita mendapat sakit jantung lebih rendah berbanding lelaki. Ini disebabkan wanita dilindungi estrogen tinggi ketika masih subur berupaya mengelakkan mereka diserang penyakit itu.



Dianggarkan, pada 2030, seramai 23 juta penduduk mati akibat penyakit ini. Selain itu golongan kanak-kanak tidak terkecuali mendapat penyakit ini sejak masih dalam kandungan hingga lahir. 



Menurutnya, antara punca seseorang mudah mendapat serangan jantung ialah merokok, kurang melakukan aktiviti fizikal serta mengamalkan diet tidak sihat seperti mengamalkan pemakanan tidak seimbang. 



“Serangan penyakit jantung antara lelaki dan wanita berbeza. Ada yang kebas tangan kiri hingga bahagian tengkuk, manakala sebahagian pula pada bahagian tengah dada. 



“Fakta serta salah tanggapan menjadi punca sakit jantung kekal di kedudukan nombor satu sebagai penyakit yang meragut nyawa wanita Malaysia. 



“Bukan setahun dua, sebaliknya sejak 10 tahun lalu kebanyakan mangsa tidak mendapat rawatan pantas dan tepat, selain tidak tahu punca utama serangan penyakit itu,” katanya. 



INFO 

Punca 
* Usia - Risiko tinggi selepas menopaus 
* Kolesterol berlebihan 
* Tekanan darah tinggi 
* Merokok 
* Gaya hidup di bawah tekanan tinggi 
* Lemak berlebihan. Ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter meningkatkan risiko sakit jantung 
* Kurang bersenam 
* Kencing manis atau diabetes 
* Sejarah keluarga 




Tanda serangan 
* Sakit dada 
* Sesak nafas 
* Pening kepala 
* Jantung berdebar 




Faktor 
1) Asap rokok 
* Mempercepatkan pembekuan darah 
* Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah 
* Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung 
* Tekanan 
* Degup jantung dan tekanan darah akan meningkat jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan



2) Kandungan lemak tinggi 
* Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak termasuk mentega, minyak sapi dan daging 



3) Kurang bersenam 
* Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga mampu memperbaiki pengaliran darah ke jantung 



4) Darah Tinggi 
* Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung ‘terpaksa’ mengepam lebih kuat untuk menyalurkan darah melalui saluran yang sempit. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang diserang sakit jantung 



5) Kencing manis 
* Pesakit kencing manis lebih tinggi peluang untuk mendapat serangan jantung 




Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari 



* Keturunan menghidap penyakit jantung 
* Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan 
* Merokok 
* Gagal kawal tekanan darah 
* Hidap penyakit kencing manis 
* Tekanan 
* Kurang bersenam
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadilah seorang yang mengambil peduli tentang kesihatan diri.

Semoga kita semua sihat sentiasa di sisi keluarga tercinta.